Nov 7, 2016

Sintaksis - Ragam Ayat

Ada dua ragam ayat iaitu ayat aktif dan ayat pasif. Sesuatu ayat itu menjadi ayat aktif atau ayat pasif bergantung kepada kedudukan subjek (benda yang nak diterangkan) dan predikat (keterangan tentang subjek) dalam sesuatu ayat.

Ayat aktif ialah apabila subjek didahulukan sebelum predikat, manakala dalam ayat pasif pula, kedudukannya adalah terbalik iaitu predikat yang didahulukan sebelum subjek.

Sila lihat contoh di bawah:

1Ali (subjek)menendang bola (predikat)Ayat aktif
2Bola (predikat)ditendang oleh Ali (subjek)Ayat pasif

Walaupun ragam ayat-ayat di atas telah berubah dan kedudukan subjek dan predikat sudah terbalik, namun kedua-dua ayat aktif dan ayat pasif di atas tetap mengekalkan makna yang sama iaitu Ali ialah yang menendang dan bola ialah yang ditendang.

No comments:

Post a Comment