Nov 7, 2016

Golongan Kata - Kata Tugas

  1. Kata tugas ialah golongan kata yang yang mempunyai tugas tertentu dalam sesuatu binaan ayat.
  2. Kata tugas bukanlah inti atau unsur utama dalam sebarang frasa utama sesuatu ayat. Sebaliknya kata tugas mendukung sesuatu tugas sintaksis.
  3. Jenis kata tugas ialah:
    • Kata Pembantu
    • Kata Penafi
    • Kata Penegas
    • Kata Perintah
    • Kata Penyeru
    • Kata Penanya
    • Kata Penguat
    • Kata Penghubung
    • Kata Pembilang

Contoh Kata Tugas

Jenis kata tugasTugasContoh kata
PembantuMenunjukkan ragam kata kerja sama ada sudah, belum, bakal, atau sedang dibuatakan
sudah
hendak
mahu
masih
belum
sedang
PenafiMenidakkan sesuatutidak
bukan
PenegasMenegaskan sesuatujuga
pun
-lah
PerintahMenyuruh sesuatu sama ada secara keras atau lembutsila
jemput
jangan
usah
harap
semoga
tolong
bolehkah
sudilah
PenyeruMelahirkan perasaanwah
amboi
waduh
alamak
PenanyaBertanyakan sesuatuberapa
bila
apa
siapa
bagaimana
PenguatMenguatkan lagi sesuatu kata atau keadaanamat
terlalu
maha
sangat
PenghubungMenghubungkan bahagian-bahagian dalam sesuatu ayatdan
atau
tetapi
lalu
namun
bahawa
agar
PembilangMenyatakan bilangan sesuatubeberapa
ramai
banyak
dua
tiga


Contoh ayat yang mempunyai kata tugas

  1. Abang sudah makan (kata pembantu).
  2. Selepas makan, abang hendak hendak balik ke rumah (kata pembantu).
  3. Lelaki itu bukan abang kandungnya (kata penafi)
  4. Kalau awak boleh buat, saya juga boleh buat (kata penegas).
  5. Semua pelajar jangan bercakap (kata perintah).
  6. Amboi cantik sungguh awak hari ini, Cik Kiah (kata penyeru).
  7. Bagaimana awak boleh sampai ke sini? (kata penanya)
  8. Tugasan itu terlalu sukar untuk saya selesaikan (kata penguat).
  9. Kereta itu berkilat tetapi bergerak sangat perlahan (kata penghubung).
  10. Terdapat sembilan orang pelajar yang sakit pada hari ini (kata pembilang).

No comments:

Post a Comment