Nov 7, 2016

Sintaksis - Jenis-jenis Ayat

Ada empat jenis ayat iaitu
  1. Ayat Penyata
  2. Ayat Tanya
  3. Ayat Perintah
  4. Ayat Seruan

Ayat Penyata

  • Ayat yang menyatakan sesuatu, atau yang menerangkan sesuatu, atau memberitahu sesuatu
  • Juga disebut ayat keterangan.
  • Contoh:
    ~ Emak sedang memasak di dapur.
    ~ Pensyarah itu ialah bapa saya.
    ~ Nama saya ialah Mujibur Rahman.

Ayat Tanya

  • Ayat untuk bertanyakan sesuatu
  • Disertai tanda tanya (?) dihujung ayat untuk menggantikan tanda titik.
  • Dalam pertuturan (lisan), tanda tanya digantikan denegan intonasi yang bersesuaian.
  • Ayat tanya mengharapkan sesuatu jawapan (namun tidak semestinya mendapat jawapan)
  • Ada dua jenis ayat tanya:
    1. Ayat tanya dengan kata tanya (apakah, siapakah, manakah, berapakah, bagaimanakah, bilakah, sudahkah, masihkah):
      Contoh:
      ~ Apakah itu?
      ~ Siapakah penderma itu?
      ~ Di manakah ibu awak?
      ~ Berapa ramaikah orang di luar sana?
      ~ Bagaimanakah awak sampai?
      ~ Bilakah awak nak sampai?
    2. Ayat tanya tanpa kata tanya:
      - Dia terkejut?
      - Mee itu masam?
      - Sakitkah dia?

Ayat Perintah

  • Ayat yang menyuruh atau melarang orang (pihak kedua) dari melakukan sesuatu
  • terbahagi empat jenis:
    - Ayat suruhan - Memerintah atau menyuruh berbuat sesuatu.
    - Ayat larangan - Memerintah agar jangan buat.
    - Ayat silaan - Menyuruh sesuatu dengan lembut. Menggunakan perkataan sila, jemput, mari.
    - Ayat permintaan - Memohon sesuatu. Menggunakan perkataan harap, tolong, minta.

Ayat Seruan

  • Ayat untuk meluahkan emosi atau perasaan
  • Disertai dengan tanda seru (!) jika dalam penulisan.
  • Menggunakan perkataan Cis! Amboi! Wah! Waduh! Alamat! Syabas!

No comments:

Post a Comment