Nov 6, 2016

Retorik

  1. Retorik (bahasa Greek: ῥήτωρ; rhêtôr, pemidato, guru) ialah seni pemakaian bahasa dalam bentuk penulisan atau ucapan.
  2. Mempengaruhi, memujuk dan meyakinkan pembaca (penulisan) atau pendengar (pengucapan).
  3. Retorik juga ialah penguasaan tatabahasa, penyampaian pemikiran yang teratur dan sistematik serta penguasaan bentuk can corak penulisan.
  4. merupakan seni atau teknik memujuk melalui bahasa lisan, visual atau tulisan.
  5. Berasal daripada perkataan Greek tenhne rhetorike yang bermaksud 'seni pertuturan' (art of speech), iaitu kemahiran berucap sebagai cara pemujukan.
  6. Dalam konteks penulisan, retorik bermaksud 'seni menulis'.

Jenis-jenis Retorik

Ada enam jenis retorik dalam bahasa Melayu iaitu:
  1. Retorik Pemerian
  2. Retorik Pemujukan
  3. Retorik Penerangan
  4. Retorik Penceritaan
  5. Retorik Pendedahan
  6. Retorik Penghujahan

1. Retorik Pemerian

Retorik pemerian ialah teknik penggunaan bahasa berbentuk penjelasan tentang sesuatu idea. Tujuannya adalah untuk menyampaikan fakta dan maklumat yang lengkap kepada pembaca (penulisan) atau pendengar (pengucapan).

Retorik Pemerian ini:

  • dilakukan secara objektif, tepat dan jelas
  • gambaran dilakukan secara realistik dan impresionistik
  • bahasa yang digunakan adalah jelas dan tersusun
  • terdiri daripada pendahuluan, huraian dan kesimpulan
  • bersifat deskriptif an informatif

2. Retorik Pemujukan

Penggunaan bahasa pujukan untuk mempengaruhi pemikiran dan keyakinan orang lain agar mempercayai sesuatu perkara yang diperkatakan.
Retorik Pemujukan ini:
  • menggunakan bahasa yang manis, menarik, dan mementingkan kehalusan berbahasa
  • menggunakan bahasa yang berunsurkan aspek psikologi (kelebihan dan kehebatan)
  • terbahagi kepada pemujukan rasional (penyampaian fakta dan data yang lengkap) dan pemujukan tidak rasional (pemujukan yang melibatkan emosi)

3. Retorik Penerangan

Memberi penjelasan tentang sesuatu perkara secara terpeinci (satu langkah ke satu langkah yang lain).
Retorik Penerangan ini:
  • menggunakan gaya bahasa dan intonasi (nada) yang menarik
  • menggunakan bahasa formal dengan diksi yang tepat danmakna yang jelas serta bernas

4. Retorik Penceritaan

Dikenali juga sebagai naratif. Berbentuk penyampaian melalui cerita (penulisan atau pengucapan). Mengandungi tema, persoalan, watak dan perwatakan, latar, plot, gaya bahasa dan sudut pandangan.
Retorik Penceritaan ini:
  • terdiri daripada empat bahagian iaitu pendahukuan, perkembangan cerita, konflik, dan peleraian
  • bersifat imaginatif dan menggunakan bahasa sastera (imej, perlambangan, metafora dan sebagainya)
  • bersifat ekspresi

4. Retorik Pendedahan

Bentuk yang mendedahkan, menampakkan sesuatu, menyingkap dan memaparkan atau menunjukkan sesuatu maklumat dengan jelas dan terpeinci. Tujuannya adalah untuk memindahkan idea atau maklumat daripada seseorang kepada khalayak.
Retorik Pendedahan ini:
  • dilakukan dengan memberikan takrifan, disertai dengan contoh dan perbandingan
  • dihuraikan secara objektif,jelas, tepat dan terpeinci
  • menggunakan teknik pentakrifan dan pencerakinan
  • menjelaskan idea yang berkaitan dengan konsep, istilah, fakta, falsafah, masalah, analisis, proses, dan dasar

6. Retorik Penghujahan

Dikenali juga sebagai pemujukan rasional atau intelek. Digunakan dalam sesuatu peribahasa, perdebatan, perbicaraan, forum dan penulisan akademik (seperti tesis). Retorik jenis ini disokong dengan bukti yang jelas dan konkrit, menggunakan teknik penyampaian secara deduktif atau induktif, dan memerlukan khalayak untuk bersetuju dan yakin. Teknik penyampaian idea dilakukan dengan:
  • deduksi (kenyataan umum -> khusus -> kesimpulan)
  • induksi (kenyataan umum -> khusus)
  • analogi (kaedah perbandingan)
  • pencerakinan (teknik analisis iaitu mengembangkan tajuk dan selepas itu menghuraikan setiap komponen), pentakrifan (menerangkan istilah dan konsep asas seperti dalam penulisan ilmiah)
  • petikan (menyokong idea yang disampaikan -> menambahkan keyakinan sama ada petikan langsung (petikan asal) atau tidak langsung (olahan semula))
  • elektrik (isi penting, huraian isi, rumusan)

No comments:

Post a Comment