Nov 6, 2016

Laras Bahasa

  1. Laras bahasa ialah perbezaan perlakuan bahasa seseorang.
  2. Menurut Halliday (1968) laras bahasa adalah variasi bahasa yang berlainan berdasarkan fungsi. Oleh itu laras bahasa berubah-ubah mengikut fungsi.
  3. Menurut Nik Safiah Karim (1982) laras bahasa digunakan mengikut keperluan yang berbeza. Penggunaan laras bahasa yang banyak akan menambahkan keberkesanan komunikasi seseorang.
  4. Menurut Asmah Hj. Omar (1987), laras bahasa adalah ciri-ciri khusus dalam penggunaan bahasa menurut bidang penggunaannya.
  5. Kemunculan laras-laras bahasa adalah selari dengan kewujudan situasi-situasi penggunaan bahasa.
  6. Laras bahasa bergantung kepada
    • Pihak yang ingin kita hubungi
    • Cara kita berhubung
    • Bidang pengkhususan
  7. Antara contoh laras bahasa adalah:
    • Laras bahasa ekonomi
    • Laras bahasa sastera
    • Laras bahasa agama
    • Laras bahasa undang-undang

No comments:

Post a Comment