Nov 6, 2016

Ragam Bahasa

Ragam bahasa ialah variasi atau kepelbagaian bahasa berdasarkan penggunaannya yang berkaitan dengan situasi tertentu (Kamus Dewan).

Ragam bahasa (tulisan dan lisan) digunakan untuk menguatkan tujuan tulisan atau lisan itu, dan menambahkan kefahaman pembaca pada sesuatu peristiwa atau perkara yang dinyatakan (Za'ba).

Ada dua ragam bahasa iaitu:

  1. ragam bahasa formal, dan
  2. ragam bahasa tidak formal

Contoh bahasa formal dan tak formal:

Bahasa FormalDari manakah awak datang?
Bahasa Tak FormalDatang mana?


Ragam bahasa formal

  1. Ragam bahasa formal ialah variasi bahasa Melayu yang digunakan dalam konteks rasmi.
  2. Susunan bahasa lebih lengkap, tersusun dan halus sifatnya.
  3. Frasa-frasa yang digunakan jarang-jarang digunakan dalam bahasa tak formal.
  4. Menggunakan sistem imbuhan yang lengkap dan sempurna.
  5. Kurang menggunakan bahasa ringkas
  6. Bahasa formal dalam penulisan digunakan dalam wacana berikut:
    • rencana
    • artikel ilmiah
    • laporan berita
  7. Bahasa formal lisan pula diguanakan dalam situasi berikut:
    • ucapan di majlis-majlis rasmi
    • perjalanan perbicaraan di mahkamah
    • sesi pengajaran di sekolah


Ragam bahasa tak formal

  1. Variasi bahasa yang digunakan dalam situasi tidak formal. Contoh: perbualan ringan, tulisan bernada ringan, perbualan antara kaum keluarga, perbualan semasa membeli-belah, dan sebagainya.

  2. Menurut Za’ba (1965): terbahagi kepada dua iaitu cakap mulut (yang digunakan sesama orang Melayu) dan bahasa pasar (yang digunakan antara orang Melayu dengan orang bukan Melayu).

  3. Susunan ayatnya mudah, ayatnya ringkas, perkataan terpotong-potong dan kadang-kadang perkataan yang digunakan tidak terdapat dalam bahasa formal.

  4. Bahasa pasar ialah bahasa yang mempunyai perkataan Melayu tetapi menggunakan jalan bahasa lain

  5. Istilah lain bagi bahasa pasar ialah bahasa kacukan kerana sifatnya yang bercampur aduk

No comments:

Post a Comment