Nov 7, 2016

Bentuk Kata - Kata Majmuk

  • Kata majmuk terbentuk dengan menggabungkan dua kata dasar (maksimum dua perkataan).

  • Kata majumuk yang terbentuk itu mempunyai makna yang berbeza dengan makna kata dasar pertama dan kedua.

  • Kata majmuk dieja secara terpisah tanpa tanda sempang, namun dianggap satu unit.

  • Penggadaan kata majmuk melibatkan perkataan pertama sahaja (kecuali kata majmuk mantap yang digandakan seluruhnya.

Kata Makmuk terbahagi tiga

  1. Kata majmuk bebas
  2. Kata majmuk istilah khusus
  3. Kata majmuk kiasan

Kata Majmuk Bebas
air hujanbandar rayajam tangan
bom tangangambar rajahluar biasa
merah mudacampur adukambil alih
jalan rayadaya seraptunjuk ajar
nasi minyakterima kasihtengah hari
kuning langsatmeja tulisbiru laut

Kata Majmuk Istilah Khusus
duta besarketua menteripolis trafik
perdana menteriprofesor madyaraja muda
atur caracari galikertas kerja
hak miliklut sinarkanta tangan

Kata Majmuk Kiasan
anak emasdurian runtuhkaki bangku
buah tangancakar ayammakan angin
kaki botolambil hatijatuh hati
buah hatihati emasbusuk hati
kaki ayamduit kopipilih kasih
bulan madumanis muluttumbuk rusuk
atas pagarbatu apibesar kepala
kepala batukepala angingelap mata
hidung tinggikera sumbangnaik darah
telinga kualidalam tangancahaya mata

Penggandaan kata majmuk

Penggandaan kata majmuk hanya melibatkan unsur pertama sahaja.

Contoh:

Kata MajmukBetulSalah
Alat tulisAlat-alat tulisAlat tulis-tulis
Ketua MenteriKetua-ketua menteriKetua menteri-menteri
budak jahatBudak-budak jahatBudak jahat-jahat

Namun, untuk kata majmuk kiasan, penggandaannya melibatkan seluruh kata majmuk tersebut.

Contoh:

Kata MajmukBetulSalah
Anak emasanak emas-anak emasanak-anak emas / anak emas-emas
Buah hatibuah hati-buah hatibuah-buah hati / buah hati-hati

Kata Majmuk Mantap

Kata majmuk mantap ialah kata majmuk yang dieja rapat. Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga menyenaraikan 15 kata majmuk mantap iaitu:
  1. antarabangsa (antara + bangsa)
  2. beritahu (beri + tahu)
  3. bumiputera (bumi + putera)
  4. jawatankuasa (jawatan + kuasa)
  5. kakitangan (kaki + tangan)
  6. kerjasama (kerja + sama)
  7. olahraga (olah + raga)
  8. matahari (mata + hari)
  9. pesuruhjaya (pesuruh + jaya)
  10. setiausaha (setia + usaha)
  11. sukarela (suka + rela)
  12. suruhanjaya (suruhan +jaya)
  13. tandatangan (tanda + tangan)
  14. tanggungjawab (tanggung + jawab)
  15. warganegara (warga + negara)

Walaupun tidak disenaraikan dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, terdapat beberapa kata gabungan dua perkataan yang dieja rapat. Banyak contohnya namun antaranya adalah:

  • apabila (apa + bila)
  • bagaimana (bagai + mana)
  • daripada (dari + pada)
  • dukacita (duka + cita)
  • kadangkala (kadang + kala)
  • manakala (mana + kala)
  • sukacita (suka + cita)

No comments:

Post a Comment